Oleh : Marhaini Zainal
Dumpling merupakan makanan yang terdiri daripada sekeping
doh yang membaluti inti di dalamnya.
Kebanyakan pakar berpendapat bahawa Dumpling berasal
daripada negara China yang dicipta oleh Zhang Zhongjin – seorang pengamal
perubatan yang tinggal di Dinasti Han Timur, dinasti empayar kedua China yang
berlangsung dari 206 Sebelum masihi hingga 220 Masihi.
Doh ini boleh terdiri daripada tepung, roti mahupun ubi
kentang. Doh dumpling juga boleh dilipat dalam pelbaga bentuk.
Manakala inti di dalamnya boleh terdiri daripada daging,
ikan, sayur-sayuran, buah-buahan atau manisan.
Cara penyediaan Dumpling boleh disediakan dengan pelbagai
cara sama ada menggoreng, mengukus, membakar, merebus dan merenih di atas api.





2 comments:
i should try this food!
Yeshhh
Post a Comment