Monday, 20 September 2021

Apakah itu Dumpling?

Oleh : Marhaini Zainal



Dumpling merupakan makanan yang terdiri daripada sekeping doh yang membaluti inti di dalamnya.

Kebanyakan pakar berpendapat bahawa Dumpling berasal daripada negara China yang dicipta oleh Zhang Zhongjin – seorang pengamal perubatan yang tinggal di Dinasti Han Timur, dinasti empayar kedua China yang berlangsung dari 206 Sebelum masihi hingga 220 Masihi.


Doh ini boleh terdiri daripada tepung, roti mahupun ubi kentang. Doh dumpling juga boleh dilipat dalam pelbaga bentuk.

Manakala inti di dalamnya boleh terdiri daripada daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan atau manisan.


Cara penyediaan Dumpling boleh disediakan dengan pelbagai cara sama ada menggoreng, mengukus, membakar, merebus dan merenih di atas api.


Advertisement 




2 comments:

serena said...

i should try this food!

Marhaini Zainal said...

Yeshhh